Wednesday, June 29, 2011

Guru Dulu VS Guru Sekarang...

Guru Dulu Vs Guru Sekarang

Guru dulu sangat dihormati
muridnya buat kenangan sampai mati
guru sekarang selalu juga dicerca
kadang-kadang muridnya calar kereta
guru dulu orang kampung sayang
nama guru disebut pagi petang
guru sekarang ramai yang dah benci
siap bagi warning nak saman lagi
guru dulu gaji sikit tak kisah
orang kampung masih tak pandang rendah
guru sekarang gaji banyak kerja banyak
perangai murid buat kepala jadi senak
guru dulu buat kerja ikhlas setia
susah senang tiada kemudahan pun tak apa
guru sekarang banyak campur bidang kerja
bisnes sendiri kerana gaji tak cukup belanja
guru dulu kayuh basikal pergi sekolah
panas hujan semuanya tak kisah
guru sekarang ramai yang ada kereta
tiap pagi tiba di sekolah lambat juga
guru dulu kelulusan tidaklah tinggi
tapi selalu punya ilham terpuji
guru sekarang punya ijazah tambahan
selalu juga ingkar mengikut arahan
guru dulu mendidik untuk jadi orang
asuh murid hindari perbuatan terlarang
guru sekarang utamakan sijil dan juga ujian
muncul masalah sosial kerana kurang didikan
guru dulu…
guru sekarang…
kerja guru sama sahaja, mendidik anak bangsa
[bukan semua, hanya sebahagian]

Thursday, June 23, 2011

Warm Up and Coll Down..

Warm-Up dan Cool-Down.

Warm-up dan cooling down ialah bahagian penting daripada rutin senaman.Ia membantu badan dalam membuat peralihan daripada rehat ke aktiviti yang lain dan kembali semula kepada keadaan asal serta dapat menolong mengelakkan kecederaan terutamanya kepada orang yang berumur.

Warm-up patut diamalkan selama lima hingga 10 minit pada permulaan sesi senaman.Orang tua perlu tempoh lebih lama untuk memanaskan badan dan meningkatkan otot-otot mereka.Senaman aerobik berkadar rendah ialah pendekatan terbaik seperti berjalan dengan cepat, memusing-musingkan bahu atau jogging setempat.

Untuk menyejukkan badan, seseorang harus berjalan perlahan-lahan sehingga kadar jantung adalah 10 hingga 15 ke atas dari kadar rehat.Berhenti secara tiba-tiba boleh mengurangkan tekanan darah yang mana berbahaya bagi orang yang berumur dan boleh menyebabkan kekejangan otot.

Stretching mengambil tempat dan tempoh bagi proses cooling down tetapi tidak untuk memanaskan badan kerana dapat mencederakan otot-otot yang masih sejuk. Senaman terutamanya adalah perlu untuk meregangkan otot-otot yang khusus.Misalnya, pelumba basikal menitikberatkan soal meregangkan urat (hamstrings) dan pangkal paha sementara perenang akan menumpukan kepada bahu, dan belakang badan.

Wednesday, June 22, 2011

Isu-Isu Dalam Sukan.

    1. Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik kerajaan   dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu badan sukan.
2. Kebanyakan pucuk pimpinan badan-badan sukan di negara kita dikuasai oleh ahli-ahli politik dan sektor korporat.
3. Kuasa politik memberikan kesan besar terhadap perkembangan dan kemajuan sukan peringkat dunia.Ia boleh mengakibatkan keretakan hubungan antara negara kerana perbezaan ideologi dan ia juga boleh merapatkan hubungan negara-negara serta mewujudkan integrasi nasional.
4. Isu-isu politik dalam sukan seringkali terjadi kerana perbezaan pendapat.Isu-isu yang sering berlaku adalah seperti perebutan kuasa dalam badan sukan,pemilihan penyertaan atlet dalam sesuatu pertandingan,kemerosotan prestasi atlet dalam sukan,displin atlet dan pegawai serta perkara yang berkaitan dengan pembayaran gaji dan elaun.

@ Gim UMS..

Klass tenis bersama En.Suhaimi..

Youth Soccer Training.

Penjelasan tentang dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S)
  • Untuk mendorong pelajar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
  • Pretasi akademik pelajar tidak akan terjejas melaui dasar ini, malah akan membuat pelajar menjadi ‘all-rounder’.
  • Pelajar sekolah menengah akan mendapat 90 minit setiap minggu untuk menyertai dalam sukan pilihan mereka.
  • Murid sekolah rendah pula akan mendapat satu jam setiap minggu.
  • Kini, pelajar sekolah menengah hanya menghabiskan 80 minit dalam Pendidikan Jasmani, sementara 60 minit untuk murid sekolah rendah.
  • Mereka yang mempunyai kesusahan untuk bersenam boleh dikecualikan untuk melibatkan diri dalam sukan.
  • Belanja akan meningkat dari RM2.40 untuk setiap pelajar kepada RM6.00 untuk pelajar sekolah menengah dan RM4.00 untuk pelajar sekolah rendah.
Acara Pelancaran Dasar 1M 1S:
  • 3 juta pelajar, guru dan kakitangan MOE akan melibatkan diri dalam Larian Serentak 1M 1S Malaysia yang diadakan di seluruh Malaysia.
  • Acara utama akan mengambil tempat di Padang Esplanade, Taiping pada tarikh 2 Julai 2011 (07:45).
  • Diharapkan bahawa rekod dalam Buku Rekod Malaysia dapat ditetapkan.
  • Larian serentak ini juga dibukakan kepada orang awam.
  • Pendaftaran acara ini ditutup pada 23 Jun 2011.
Apa pendapat anda tentang dasar ini? Bolehkah dasar ini memperbaikan sistem kini? Perlukah pelajar digalakkan untuk menyertai dalam acara sukan? Adakah ini membuat mereka “all-rounder”?

Satu Murid Satu Sukan..

Februari yang lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan tentang dasar satu murid satu sukan.  Menurut beliau, dasar ini telah lama wujud, cuma belum ditekankan di sekolah-sekolah.
Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.
Oleh itu, bermula tahun 2011, semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Pekeliling pun sudah dikeluarkan oleh pihak kementerian, jadi cikgu-cikgu semua bolehlah bersiap-sedia untuk pertambahan satu lagi tugas ye…

Sukan untuk kesihatan atau sukan untuk wang?

Tujuan kita bersukan adalah untuk menyihatkan badan sambil berhibur. Pada zaman yang lampau sukan dianggap benda sampingan yang tidak pernah dianggap penting dalam kehidupan manusia.

Malah kita tidak pernah bertemu rekod-rekod kejayaan yang pernah dicapai dalam sukan semasa zaman kerajaan kesultanan Melayu Melaka. Malah tidak pernah adanya tercatat nama-nama pemegang juara sukan dalam buku-buku sejarah lama.

Ini menunjukkan tidak pentingnya sukan dalam kehidupan manusia di waktu itu. Sukan hanya nampak menonjol dan seperti menjadi begitu penting kepada kegiatan hidup manusia hanyalah dalam masa 100 tahun ini sahaja.

Tentu ada agenda tertentu oleh pihak tertentu untuk menggalakkan kegiatan sukan dalam kehidupan manusia. Hanya pihak tersebut sahaja yang tahu apa agenda sebenar mereka yang tersembunyi di sebalik sukan itu.

Kalau kita lihat hari ini, mereka amat berjaya sekali dalam menanamkan sukan dalam pemikiran orang ramai sebagai satu benda yang sangat penting. Sehingga tidak lengkap sebuah media itu kalau tidak menyediakan ruang berita berkaitan sukan.

Memang tidak dinafikan sukan mempunyai banyak kebaikan tetapi sukan juga telah banyak disalah gunakan dan menyimpang dari tujuan asal.

Dalam dunia pekerjaan yang banyak berorientasikan kerja-kerja pejabat, kita kurang berpeluh dan bergerak. Oleh itu untuk memenuhi fitrah tubuh badan yang perlu bergerak dan berpeluh untuk ia sentiasa sihat, maka kita perlu bersukan.

Sama ada benar atau tidak, pertandingan dan perlawanan dalam sukan, dikatakan dapat menyalurkan naluri manusia yang suka berperang.

Sukan juga dapat menjalin dan merapatkan hubungan sosial antara manusia, atas sebab itulah juga banyak organisasi menggalakkan pertandingan sukan diadakan dalam organisasi mereka.

Tetapi di zaman moden ini sukan telah bertukar menjadi industri hiburan yang boleh menjana kekayaan. Berbagai cara digunakan untuk menarik orang ramai menonton acara sukan. Sukan yang asalnya bertujuan untuk kesihatan telah bertukar haluan kepada untuk wang.

Banyak masa dan tenaga dihabiskan begitu saja untuk sukan. Kita terpaksa membayar untuk mendapatkan hiburan. Semua orang sukakan hiburan. Secara semulajadinya manusia suka dan terhibur bila mendengar nyanyian, melihat tarian, mendengar dan menonton cerita, dan menonton acara sukan.

Apakah keseluruhan kehidupan kita mesti dipenuhi dengan hiburan? Masa banyak dihabiskan bila asyik dengan bersukan tanpa ada produktiviti. Tidak seperti kita melakukan kerja bertani dan berternak, yang tentunya akan mendatangkan manafaat dan hasil yang boleh kita nikmati.

Sukan juga banyak dikaitkan dengan perkara-perkara negatif seperti penggunaan dadah dalam mengejar kemenangan, dan pertandingan dalam sukan selalu digunakan oleh kaki-kaki judi untuk pertaruhan. Orang ramai dilalaikan dari melakukan kerja-kerja yang lebih berfaedah dengan berjam-jam masa dihabiskan menonton sukan di TV dan di gelanggang sukan.

Mungkin sukan yang ada hari ini lebih baik sedikit dari judi, tetapi kesannya dari kedua-duanya hampir sama sahaja, banyak masa dan duit terbuang begitu saja, tanpa ada hasil.

Kelab-kelab bola sepak di Eropah sanggup berbelanja beratus juta dollar untuk membeli pemain terbaik dari serata dunia. Sudah tentu kelab-kelab ini mendapat pulangan atau keuntungan lumayan dari pelaburan mereka itu. Dan sudah tentu keuntungan itu datang dari duit penonton yang ‘menggilai’ sukan bola sepak, iklan dan juga dari media penyiaran.

Itulah sifat ekonomi kapitalis, mereka hanya memikirkan membuat keuntungan semaksimum mungkin tanpa memikirkan caranya halal atau pun tidak.

Mereka tidak pernah pun mengambil kira pandangan umat Islam dalam menghasilkan suatu acara sukan, malah seperti dengan sengaja dibuat bertentangan dengan nilai Islam itu sendiri. Lihat sahajalah kepada pakaian sukan, kebanyakkannya menggunakan pakaian yang tidak sopan.

Membazirkan duit kerana untuk berhibur dan berseronok sangatlah dicela oleh agama kita. Padahal dalam masa yang sama masih ramai manusia didunia ini menghadapi kebuluran akibat tidak ada makanan dan perang.

Demi untuk menjaga harga gandum tidak jatuh, pengeluar gandum di Amerika sanggup membakar gandum yang berlebihan. Pernah juga kita dengar pengeluar ayam dinegara kita memusnahkan anak-anak ayam yang berlebihan bagi menjaga harga ayam berada pada paras tinggi di pasaran.

Mereka tidak menganggap perbuatan itu sebagai pembaziran tetapi ia adalah sebagai strategi perniagaan. Itulah jadinya kalau perniagaan hanya dilihat untuk mencari keuntungan semata, bukan sebagai memberi khidmat dan berbakti kepada manusia.

Inilah akibatnya kalau ekonomi tidak berpandu dan diasaskan kepada nilai agama. Ringgit dan sen menjadi ukuran kejayaan ekonomi tanpa melihat kepada aspek-aspek lain.

Tidakkah kita sedar harga RM10 pada tahun 1960an boleh mebiayai kehidupan satu keluarga untuk seminggu, tetapi apakah barang yang kita dapat kita beli dengan wang RM10 hari ini?

Kadang-kadang seperti tidak berfaedah kita menyimpan duit dalam bank, kerana nilainya jatuh bila kita hendak menggunakannya di masa depan. Cara yang terbaik ialah menyimpan emas, kerana nilai emas tidak akan jatuh pada bila-bila masa pun. Tetapi risikonya terlalu tinggi kalau kita menyimpan emas di rumah.

Oleh itu pihak bank harus memikirkan bagaimana pelanggan mereka boleh menyimpan wang dalam bentuk nilai emas dalam bank mereka.

Oleh itu pelanggan patut diberi pilihan boleh menyimpan wang mereka di dalam bank menggunakan nilai emas seperti 800 gram emas atau 1.3 Kg emas. Dan apabila pelanggan tersebut hendak mengeluarkan simpanan emas mereka dari bank, mereka akan dibayar mengikut harga emas semasa di waktu itu.

Dengan adanya mekanisma sistem kewangan seperti itu, orang ramai tidak bimbang wang mereka yang disimpan dalam bank akan jatuh nilainya.

ACADEMY COACHING.

Popular Posts